Friday 8 April 2016

~~~ Sendiri Aku ~~~

Tersenyum aku sendiri,
Tertawa juga aku sendiri,
Tangisku?? Masih sendiri,

Aku tega bersendirian andai hati ini tidak terus tertikam luka,
Aku masih teguh sendirian tanpa hati lain yang mengetarkan ia tapi tidak mampu memberikan ketenangan semula,
Aku tetap bisa melangkah tanpa wajah yang menyentak lenaku,

Sedarku, 
Tahuku,
Aku adalah aku yang berpijak nyata di atas kakiku sendiri,
Aku adalah aku yang selalu gembira melihat kebahagiaan mereka,
Aku adalah aku yang melepaskan disaat aku menyedari pada mereka tiada aku,
Aku adalah aku yang terlalu mudah,
"Semudah Pejam Dan Celik Semula"
Dan...bagiku, Tiada lagi aku yang serupa.

Monday 25 January 2016

Tabur Hill West Peak






















24th January 2016
Hiking Bukit Tabur - West -
"Granite Stone"
1463 feet / 446 Meters
Start 5.30 am,
Bukit yg Ke 6 - Last "Grass Carpet" - Jam 8.00 am
Turun 9.30 am
Parking 10.45 am
Summary "Extreme!! Tahap bengkak2 dan berdarah!"

Tabur scenic view overlooking the Klang Gate Dam and the KL Skyline"
“The view from the top is beautiful and the hike can be done in half a day” “But you can’t afford to make a mistake on Tabur.
“Its rugged terrain, razor-shaped rocks and vertical drops are unforgiving. All it takes is a slip and you could tumble like a rag doll into the ravine

#BukitTabur #MakeMyDay #SaveInMemory #NeverSurender #NeverGiveUp #DontTurnBack #ILoveMabadey #WithMaBrother #TwoOfMe #ItsJustEnough #TakeADeepBreath

Wednesday 13 January 2016

Nasib Orang, Nasib Kita Belum Tahu

Check - Up dan Lagi.

Masa nak parking,
Geladangan neh tlg ejast parking,
Parking awam yang tak perlu dibayar pun,

Turun jeh kete dia ckp "U bagi jeh berapapun, cakap banyak tamaw" (Cakap nak samseng, maybe dia engat orang pakai kete besau semua belagak kot)
Aku gelak2, kalau aku tumbokkan dia ni, mahu terguling...kurus keping jeh haa orangnye, dah tua pun dan bukan orang melayu.
Sbb mood aku baik, aku hulur jeh la "Uncle, utk U..pegi makan, blh makan pagi, tgh hri, ptg, Mlm"
Uncle tuh cium jeh duet tuh, Smbl ckp terime kasih "adik" byk2 kali,
Aku : Adik? Sy mude lgi kn uncle?
Baru nampak senyum di bibir dia, keadaan idup bt dia jadi gitu...Alhamdullillah, dengan rezeki yg aku dan keluarga yg dlimpahkan.
Aku : Uncle, g cari makan sedap2...Knp bediri sini lagi?
Uncle : Tolong jaga Kereta U la adik...
Aku : Ehhh...takyah2, pegi sana makan. Kereta ni pandai jaga diri dia sendiri. Uncle pegi makan.
Uncle : Thanks you aa Dik, itu aa sy ingat cemua orang pakai ini kereta banyak exsyen (Sila baca dengan pelat dan kepala goyang2..haha)
Aku : Ehh...Ini Kereta pinjam. Okay uncle, pegi makan sy maw masuk...
Uncle : Adik, U sakit?
Aku : Ahha...
Uncle : Sy mintak dengan sy punya Tuhan bagi U cepat sihat.
Aku : HaHaHa Thanks Uncle...

(Tuhan dia, Tuhan aku tak sama...boleh Amin kan tak?)

Bila jumpe gelandangan ni, engat mase aku g merayap satu bandaraya Kuala Lumpur tuh, bagi geladangan makan.
Self service katenyeh, bt sendiri without campur tangan mane2 badan.
Terase rindu nak buat lagi.
Maybe lebih kepada rindu akan suasana tuh.
Tipu lah kalau airmata tak bertakung, lagi menipu kalau airmata tak menitik.
Tambah2 kebanyakkan dari dorang ni semua lah melayu.
Susah nak tengok bangsa lain.
Ini bukan isu perkauman, tapi isu dimana kelihatan orang melayu yang sepertinya dijajah ditanah sendiri, 
Orang melayu yang mempunyai hak pribumi or hak bumiputera yang sah.
Tidak tahu mana silapnya.
Laungan yang menyatakan "Zero rakyat Malaysia di bawah tarif miskin" masih boleh diterima Akal atau tidak?
Makin hari golongan gelandangan ni semakin bertambah,
Soal aku? "Kenapa jadi macamni?"
Jawapan mereka selalunya sama "Kerna Tanah tergadai, Rumah terjual"
Ohhh Malaysia.

Itu yang dinamakan "Nasib orang, nasib kiter belum tentu"

Wednesday 6 January 2016

Kepahitan yang terpalit satu senyuman

Sunyi itu membuatkan aku berdiri memandang lautan biru malam itu,
Dinginnya membenarkan aku memeluk tubuh pilu,
Maseh tersenyum berdiri sendiriku,
Kelukaan tu terpadam menutupi parut hatiku,
Tiada lagi tangis yang bisa aku gugurkan,
Pergilah bayangan, pergilah kenangan,
Aku biarkan cinta berakhir lagunya disini,
Aku biarkan memori bersahaja mengaburi pagi.

Takdir itu mungkin sudah punya buku yang tertulis,
Leka aku coretkan kisah dalam diariku, terlukis,,,
Pantas pena menjadi teman nukilku,
Terang cerah menyuluh pada satu lambaian damainya Angin dipersisir ini.

Sekilas selendang itu terbang melalui mata gatalku,
Disambut dahan pokok melintang deruan bayu,
Selendang bercorak memenuhi latarnya,
Nakal mata memerhati, makin nakal hati ingin mengambil tahu.
Menyelami gelap mencari identiti,
Siapa empunya selendang pelangi.

Berhembus panjang bayangnya tak nampak,
Silau malam bulan tidak pula muncul,
Terlihat satu susuk menunduk,
Selendang berbalik menutup tubuh molek,
Helaian rambut menjejak wajah, mencecah pepasir,
Indahnya.
Angin bertiup menyelak raut lembut,
Jelingan tajam menyentakkan hati yang tertaut,
Aku tersenyum sendiriku, angkuh sungguh lagaknya,
Dan 
Pepasir itu terbang melayang ketubuhku!!

Amba : "Oiiii...ape ni?"
Diya : Pasir, tak tahu?
Amba : Hahhh?
Diya : Ape tengok2?? Ade utang? Haaa?
Amba : Lah....

Ketawa hati, sengih memanjang.
Lagaknya?? Itu pilihan.

Sunday 3 January 2016

"Dilwale" ke? - Bila Orang tak tengok hindustan, Tengok -


"Dilwale" "Always be mine, Never says Goodbye" - Trademark -

Pegi menonton 10 orang,
9 mereka kata "Full Mark",
Full mark means perfect right? (Ade ke yang sempurna pun?)
Atau? Amba? Emm...Maybe amba bkn line2 hindustan kot,
Akan tetapi...
Ceh...haha
Akan tetapi, sejujurnyeh (Bila amba tak pernah tak jujur? Bila? Bila?)
Cite ni boleh tarek perhatian amba juge la kirenyeh (Ehh? Tarik perhatian pula? Amba? Haih)
Kenapa? (Kenapa Kenapa? Hemm...)
1 jeh sebab, sebab amba tak tidur sepanjang cite tuh berjalan (Ehh...Pelik disitu!! Tak tak tak)
Tak tidur tu bohong, tidur juge..kire tidur2 ayam (Haaa...baru betul)
Tidur, pastu macam terlen pula, kemungkinan bunyi nafas btkn org sbelah gelak2, pastu tsedar bl mereka yg 9 dok kusi depan Kejut!! Hahaha....sumpah tak tidur2 dah...hahaha)

Dihuraikan berkonsepkan :


Satu *Harta Dan Pangkat*Duet dan Nama*

"Permusuhan yang wujud dari satu jalan yang sehaluan tetapi tidak sama arah tujuan." (Tp tak selalunye sehaluan, tu datangkan keserasian...Kadang tuh, tidak..bbeza tuh mcm lebih unik..kadang la kan..haha)

Dua *Salah satu perkara yang boleh manghancurkan dunia is -Gadis-*

"Tentulah *Gadis* yang mana sekeras2 manusia bisa dicairkan,, cinte tuh pula bukanlah cinta biasa dek kerna haluan yang tak sama tadi tuh la (Kepala bergaduh, ekor jadi Mangsa, haaa gitu...knp kena gitu ek?)"

*The best part for me*

"Bertuahnya awak bila awak menyedari cinta tu lebih awal ketika awak percayakan saya, dan saya pula menyedari saya cintakan awk selepas awak tidak percayakan saya lagi" (Haaa...untung kalau dapat cinta yg mcintai, ssh nk dpt...Tp amba tahu ada)

*Tak perlu ucapan Maaf, kerna saya tak salah, awk pun tak salah, yang salah "keadaan* (Sapa slh tuh tak penting, yg penting mcmn usaha kite nak kekalkan hubungn tu utk tidak terputus dan kekal bsama walau dlm Apepn keadaan sklipn...tputus smentara dan kembali bsama)


"Keadaan bl smp masanya, yg mane akarnyeh dah takde, mereka terpisah dan masih kekal membawa haluan yang berbeda, tp..cinta itu maseh tersemat, bezanya mereka berubah dalam kurungan tak berubah sangat tapi menjadi lebih baik bebanding sebelumnya" (Ada 2 perkara dlm cinta, mjadi lebih baik atau sbaliknya)


*Takdir penentu, jika dia untukku*

"Bertemu semula cumanya untuk kali ini, keadaan memihak kepada mereka, 15 tahun satu jangka masa yang terlalu lama dan kesetiaan membawa mereka terus untuk kembali" (Hari ni kite menolak...esok? Belum tentu...jangan pernah putus harap)

*Apa yang kita lihat tidak sama dengan apa yang jadi*

"Penjelasan tu perlu untuk mencari dimana benarnya, walaupun mungkin kenyataan itu agak menyakitkan. Mencari yang benar itu wajib, dan jangan pernah lari untuk menjelaskan baik diperjelaskan" (Kadang mata menipu, kadang...pjelasan pn tak betul sgt..Tp hakikat takkan boleh berubah)

Keseluruhannye,

Good Movie, Naseb baek jenis movie Aksi romantik...Kalau takde aksi tembak2, lawan2, komporem haku tidur walaupun orang sebelah gelakkan aku kuat2...duLik pula.
- Kire bayar Ringgit Malaysia sepuluh hinggit tuh berbaloi la -
- Amba si kaki wayang dan si kaki tidur -

Saturday 2 January 2016

Sekuat manakah hati?





Wahai Ombak, berdendanglah...
Wahai Bayu, menyapalah...
Wahai Angin, bertiuplah...

Berikan aku Hanya satu masa,
Untuk aku pulang ke satu ketika,

Kerna,,,
Setiap nafas yang aku hembuskan,
Aku rindu.
Setiap udara yang aku hirup,
Teringat kamu.
Denyut nadi ini,
Maseh terbayang detik bersama.

Jangan biarkan aku lemah,
Jangan biarkan aku lelah,
Jangan biarkan aku berhenti mengalah,
Langit menjadi saksi,
Aku hilang arah.

Thursday 31 December 2015

::: Terima Qaseh 2015 ::: Terima Sayang 2016 Yang Bakal Bertandang ::



2015 berlalu 2016 bertandang,

Setahun yang menjadi kenangan,
Dan esok,
Bermulanya cerita-cerita baru yang akan diukirkan,

2015 mengemaskan diari,

Pasang Surut, tengelam timbul,
Susah senang, mudah payah,
Dibalik kedukaan kerna ditinggalkan,
Dia hadirkan kegembiraan dengan pencapaian,
Dia Berikan aku satu tangan,
Itulah "Mr Arm"
Dia Berikan aku satu kejayaan,
Itulah dia "Kenaikan"
Dia Berikan aku satu kesenangan,
Itulah dia "Bersihnya Nama dari senarai Hitam"

2015 yang menyaksikan aku bangkit dengan aku yang tak pernah mengalah,

2015 yang menjadi tanda aku bukan aku yang lemah,
2015 yang mempertontonkan kegigihan aku dalam usaha keluar dari kepompong hidup susah,
2015 yang mengajar aku untuk menjadi aku dengan lebih berhemah,
2015 yang mendidik aku untuk terus bertahan dan jangan pernah lari dari masalah,
2015 yang mengenalkan aku dengan apa rasanya cinta, Apa rasanya rindu, apa rasanya sayang, apa rasanya kaseh,

2015 yang aku coretkan dengan sesuatu yang dipanggil "Pertama Kali" sepanjang kehidupan,

Dan dengan Nama ibuku, dengan Nama Abahku,
Aku bersyukur dengan segala yang telah dikurniakan aku sepanjang Setahun yang berlalu,
Terima Kaseh Allah
Kerna sehina-hina aku,
Tidak pernah aku dipinggirkan,
Seteruk-teruk aku,
Tidak pernah aku dilupakan,
Alhamdullillah.
Aku bersyukur dengan kurniaan,
Dan
Aku redha dengan dugaan yang diturunkan,

Jadikan aku, antara orang-orang yang tidak pernah melupakan,

Tempat asal aku berpijak.
Aku "SiPengemis_Tua"