Thursday, 31 December 2015

::: Terima Qaseh 2015 ::: Terima Sayang 2016 Yang Bakal Bertandang ::



2015 berlalu 2016 bertandang,

Setahun yang menjadi kenangan,
Dan esok,
Bermulanya cerita-cerita baru yang akan diukirkan,

2015 mengemaskan diari,

Pasang Surut, tengelam timbul,
Susah senang, mudah payah,
Dibalik kedukaan kerna ditinggalkan,
Dia hadirkan kegembiraan dengan pencapaian,
Dia Berikan aku satu tangan,
Itulah "Mr Arm"
Dia Berikan aku satu kejayaan,
Itulah dia "Kenaikan"
Dia Berikan aku satu kesenangan,
Itulah dia "Bersihnya Nama dari senarai Hitam"

2015 yang menyaksikan aku bangkit dengan aku yang tak pernah mengalah,

2015 yang menjadi tanda aku bukan aku yang lemah,
2015 yang mempertontonkan kegigihan aku dalam usaha keluar dari kepompong hidup susah,
2015 yang mengajar aku untuk menjadi aku dengan lebih berhemah,
2015 yang mendidik aku untuk terus bertahan dan jangan pernah lari dari masalah,
2015 yang mengenalkan aku dengan apa rasanya cinta, Apa rasanya rindu, apa rasanya sayang, apa rasanya kaseh,

2015 yang aku coretkan dengan sesuatu yang dipanggil "Pertama Kali" sepanjang kehidupan,

Dan dengan Nama ibuku, dengan Nama Abahku,
Aku bersyukur dengan segala yang telah dikurniakan aku sepanjang Setahun yang berlalu,
Terima Kaseh Allah
Kerna sehina-hina aku,
Tidak pernah aku dipinggirkan,
Seteruk-teruk aku,
Tidak pernah aku dilupakan,
Alhamdullillah.
Aku bersyukur dengan kurniaan,
Dan
Aku redha dengan dugaan yang diturunkan,

Jadikan aku, antara orang-orang yang tidak pernah melupakan,

Tempat asal aku berpijak.
Aku "SiPengemis_Tua"

Keluar dari kepompong kebiasaan.



Masih.
Yang pertama dan yang terakhir kali untuk tahun 2015,
Mencuba sesuatu yang tak pernah-pernah,
Panggung 30th September 2015,
"Dilwale" Hindustan? Whut?????
Arm-mey?? Hokey!!

Yang pertama kali,
Jatuh cinta bagai nak mati pun pertama kali juge,
Jatuh sebelum neh,
Tidaklah berupa ini,
Ini sangat TRAGIS.
Tersangat sangat dan sangat lah kuase 77 Tragis.

2016,
Sila berlaku adil dan baik,

2016,
Kerjaya, Rumah, Mak and Abah,
Relationship tuh harap takkan ade lagi,
Tak sanggup dah nak saket2 sampai kurus kedeging gini.
Kalau reseki ade pun, 
Amba maseh tak impikan yang sempurna,
Mahupun yang terbaik,
Amba hanya perlukan dia yang biasa-biasa,
Kerna adanya dia mungkin boleh sempurnakan amba,
Dan mungkin,
Adanya amba, dia boleh menjadi yang terbaik.
Itu yang dinamakan sempurna dan menyempurnakan.

2016,
Jadikan amba orang yang lebih baik setahun dari yang sebelumnya,
Al-Fatihah. Amin Ya Rabb.

Nanti Amba simpulkan sal citer "dilwale" neh,
Keberangkalian tak tidur dalam panggung itu tipis.

Wednesday, 30 December 2015

Derhakakah Aku??



Aku mengenal dia lebih awal,
Aku hidup di dalam hidupnya terdahulu,
Dia...
Mengenal aku keseluruhannya,
Dia...
Menerima aku apa adanya,

Kadang,
Bebel dia, aku rimas...
Kadang,
Teguran dia, aku panas...
Kadang,
Bising dia, aku lemas...

Sadarku,
Dimana pun aku,
Dia selalu ada,
Sadarku,
Siapapun aku,
Dia selalu terima,
Bersama aku, dia tidak pernah malu.
Mengenali aku, dia selalu mengaku,

Dia, Ibuku.
Dia, Ratuku.
Dia, Hidup dan Matiku.

Berkali aku terluka,
Dia bisa tertawa,
Katanya Hanya satu "Padan Muka"
5 tahun dulu,
Aku nampak sedu di wajahnya,
Pertama kali aku merasa luka itu terlalu dalam,
Dan Untuk kali ini,
Aku mengugurkan airmataku dibahunya,
Katanya "Angah...Sampai bila?"
Dan,
Aku lihat ada titisan jernih dimata dia,
Perbezaan aku? Bukan mudah bagi dia,
Kelakuan aku? Selalu menyesakkan dada,
Keletah aku? Dia ketawa,

Kelukaan dia,
Kerna aku bukan?

*Untuk jadi seperti aku, tidak pernah aku pinta*

Wahai Hati, Jangan Ambik Masa Lame2 Sangat!! Rugi!!

Kat beliau : "You...hidup ni best kalau you tahu erti menghargai"





Menunduk melihat dedebu dikaki,

Mendongak memerhati pulau ditengah lautan,
Pasir itu bisa aku genggam,
Batu-batu kecil juga bisa aku lemparkan,
Dan hingga kesaat ini,
Kehadiran dia disisi masih dapat aku rasakan,
Indahnya dia, bila cinta itu mencintai, dan dicintai itu adalah cintanya dia.

Menarik nafas dalam,

Menghembus nafas kesesakkan,
Wahai masa hadapan,
Berikan aku kekuatan untuk melupakan semalam,
Wahai masa silam,
Berikan aku kesanggupan untuk melangkah suatu pembaharuan,

Kegagalan itu pernah aku rasa,

Kesilapan itu pernah aku lakukan,
Keperitan itu pernah aku hadapi,
Kelukaan itu pernah aku ubati,

Ternyata rasa itu telah lama mati,

Hilangnya dia, aku kuburkan semua,
Dan pabila rasa itu bangkit semula,
Pada detik jantung ini berdetak semula,
Kesempurnaan itu masih lagi tak bisa pun aku sentuh,
Buat berkali2 luka yang pernah aku rasai,
Untuk kali ini,
Aku tahu aku masih terluka,
Jika bahagianya mampu membahagiakan aku,
Luka ini? Sedikit cuma.

Perlahan aku menyusuri jalan indah disekelilingku,

Masih tega berjalan dengan seribu harapan,
Harapan yang masih tergantung tak tercapai tangan,
Akan ada satu hari dimana akanku lunaskan,
Berharap pada hujung jalan diseberang sana,
Maseh ada yang bisa membuatku tertawa,

5 tahun berlalu,

baru kini aku bisa mengubah rasa cintaku dari dia,
Bilamana jantung ini bernadi semula,
Untuk sekali lagi aku perlu melupakan,
Mungkin 5 tahun yang akan datang,
Sudah bisa dihitung dari sekarang,
Masa yang akan ku ambil untuk kembali kebah,
Dan aku bersedia untuk itu,
Doaku sehari-hari dalam sujudku,
Bahagianya mereka adalah bahagiaku.

Tuesday, 29 December 2015

Saya Yang Bersyukur

Nine times out of ten,
The first time you try something,
You will fail.
That's just a part of life.

Mak : Ang okay ke angah?
Hamba : Okay kot, in shaa Allah.
Mak : Teruk sampai lagutu pasaipa?
Hamba : Ntah, pelik kan?
Mak : Tak penah teruk smp laguni. Ayaq pulih semangat tuh ang minum tak?
Hamba : Habis dah pun.
Mak : Ni mak nak cakap ni.
Hamba : Haaa....Agak dah.
Mak : Ad orang tanya ang, kalau ang nak laa...
Mak : Mak Kenai...
Mak : Umuq 50...bujang lg angah ooi..
Hamba : Umuq mak berapa?? 48 kan?
Mak : Haah, 48...
Hamba : Menantu Umuq 50? Nk panggil abang ka anak?
Hamba : Kalau mak nak terima, Terima jeh la...angah tak kisah. Kalau mak tak kisah la....lalala
Mak : Mak kisah!! HaHaHa Mak pun susah hati nak tolak, Sedara kita jugak tu...kalau ang pn takmaw senang mak nak cakap.
Hamba : Okay...sila reject. Bkn angah takmaw, Mak yg takmaw, angah taknak derhaka...lalala
Mak : Ang tu memang, takmaw takpa...Tp jangan saket sebab perempuan lg, susah hati mak tengok, cari yg ikhlas bkwn gn kita...cukup la sekali ni. Pelik yg laen2 tu elok ja mak tengok, putuih gn Rashid dlu pn tak laguni...macam2 ang ni..Nak tengok gambaq ang takmaw tunjuk...lawa ka? Tapi angah, tak semua lelaki jahat.
Hamba : Haa...bebel pnjg2 nk p mana? Ungkit pasaipa?
Mak : Ang tu macam tu la...tamaw ni? 
Hamba : Berapa orang dah tanya? Ramai kan? Penah angah terima? Haih mak ni.
Mak : Okay, Mak ckp ang tak puaih enjoy lagi.
Hamba : Bagus! Mak yg terbaik dlm dunia! Wa caya sama lu bro!! Pewit!


Pohonku Hanya satu,Wahai Tuhan, tutup pintu hatiku.


Monday, 28 December 2015

Duhai Bayu Pagi




Menjejak ke tanah asal tcipta,
Menghuni dunia bersama jiwa,
Menageh merintih pada yang menduga,
Maseh ketawa pada setiap gempita.

Duhai bayu pagi,
Duhai udara sepi,
Berikan aku Hanya sedikit tiupan,
Untuk aku terus menongkah tidak bersendirian,
Kelak jatuhku, sila kau bangkitkan,
Agar tidak aku terasa kesedihan,
Moga hati ini tidak menagis ketakutan,
Berikan aku satu rasa,
Rasa bersedia bilapun masanya,
Berikan aku satu cerita,
Cerita yang indah untukku merasa,
Berikan aku satu ukiran,
Ukiran jiwa untuk aku kuburkan.



Aku "Sipengemis_Tua" Aku "SiBakal_Jenazah"

Hari yang aku lalui kian padam,
Menyedari akan ada hati-hati yang akan aku lukakan,
Aku maseh tegak berdiri, Berpeluk tubuh.
Tika fikiran maseh melayang memikirkan apa mahunya hati,

Aku berlari pada laluan yang aku pilih,

Bilamana halangan yang menyimpang tidak mematahkan mahuku,
Aku masih berlari dan ada kalanya aku berhenti,
Bukan kerna aku lelah,
Cumanya aku perlu menoleh ke belakang semula,
Untuk melihat sejauh mana titik itu telah aku tinggalkan,
Untuk memandang kehadapan maseh jauh perjalanan mengecap impian,
Saat itu aku hirup,
Satu udara yang bisa mendamaikan,
Udara yang ternyata menyegarkan,
Bermula satu dua tiga,
Tunduk ke bumi, berlarilah wahai kaki.

Pada kau...Si Udara yang indah,

Temanilah aku hinggaku tidak lagi bermadah,
Jauhi aku tika aku bergelar jenazah.

Pabila rasa itu hidup semula


Masa dan waktu menyedarkan hamba,
Saat Detik dan ketika menyentak dada,
Ada benar nya dibalik kata,
Bila kasih dan sayang mengambil tempat nya,
Bila rindu mula menunjukkan rasa,
Dan,
Bila cinta tersemat, penuh dijiwa,
Dihati pula telah mula berkata-kata,
Saat itu, tahuku...

Angin,
Khabarkan padanya,
Aku Cinta.

28th December 2015
"Sipengemis_Tua"
"1st post for new blog"

Any real feelings and emotions a #virgo has, 
they'll never let you know exactly how deep it actually runs.